|
Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan
Assalammualaikum
dan salam sejahtera saudara semua, saya ingin berkongsi dengan anda
tentang betapa pentingnya perlindungan insurans. Marilah kita kongsi
bersama...
Saya percaya sebaik saja anda membuka mini website ini, perkara pertama
yang anda fikirkan ialah INSURANS... dan saya yakin kebanyakan dari kita
masih mempunyai kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya perlindungan
insurans, terutama dari kalangan orang Melayu kita. Persepsi kebanyakan
dari kita sangatlah negatif terhadap perlindungan insurans. Saya sangat
berharap agar anda tidak begitu.
Sedikit
pertanyaan dari saya, bagaimanakah cara anda menyimpan wang anda?
Adakah anda sedang merancang untuk membuat simpanan jangka panjang? Adakah
diri anda boleh kekalkan tahap disiplin untuk membuat simpanan jangka
panjang dengan konsisten.
Selalunya
sikap kita kalau secara sengaja nak buat simpanan dengan penuh disiplin
untuk satu tempoh jangka panjang amatlah sukar sekali. Percaya atau tidak
itulah sikap sebenar kebanyakan dari kita. Tetapi kalau kita beli sesuatu
barang dengan cara berhutang kita akan cuba sedaya upaya untuk membayar
sepenuhnya. Kita boleh membayarnya.
Sekarang
mari saya tunjukkan cara kita membuat simpanan dengan cara membeli sesuatu.
Bayangkan kita membeli sesuatu barang dengan tempoh bayaran yang panjang,
sedangkan barang tersebut tidak rosak dan juga tidak susut nilai. Ditambah
pula barang tersebut boleh digunakan semasa kita susah atau sakit.
Sebenarnya
itulah konsep kami di Prudential. Anda membeli polisi untuk jangka
panjang dengan nilai simpanan tertentu. Nilai tersebut tidak susut. Dan
apabila anda sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital anda tidak
perlu menggunakan nilai simpanan tersebut. Dari polisi tersebut disertakan
kad kemudahan hospital dengan nilai minimum yang tinggi!
Bagaimana
sekiranya penyakit tersebut akan menyebabkan anda tidak boleh bekerja lagi?
Apatah lagi bagi anda yang masih muda umurnya. Bagaimana anda nak
meneruskan simpanan? Anda tidak perlu risau tentang itu, kerana simpanan
anda akan terus dibuat oleh Prudential sehingga anda tua!!!
Walaupun
menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan skim perubatan percuma
kepada rakyat, tetapi lihatlah realitinya apa yang berlaku di hospital
kerajaan. Apabila perlu melakukan pembedahan besar kita selalunya perlu
menunggu giliran. Kita tentu sedia maklum tentang prosesnya dan
perkhidmatan yang kita terima tidaklah sama seperti di hospital pakar yang
kita bayar (insurans yang bayar).
Jadi,
rancanglah simpanan kewangan anda untuk menghadapi masa hadapan yang
semakin mencabar. Sudahkah anda bersedia untuk :-
1. Menghadapi kehidupan selepas anda bersara?
2. Perbelanjaan bagi menampung keperluan pembelajaran
anak-anak anda di institusi pengajian tinggi kelak?
3. Menempuh saat-saat mendukacitakan dan sukar (sakit) dalam
hidup anda?
4. Lain-lain keperluan anda...?
Kebanyakan dari kita mungkin secara tidak sedar akan perkaran ini. Kepada
anda yang bijak dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga pasti
memikirkan hal ini. Untuk anda yang mampu sekurang-kurangnya peruntukanlah
antara 10 - 15% dari pendapatan bulanan untuk perlindungan insurans
terutama dari jenis pelaburan kerana ia ada pulangan dan premiumnya tidak
hangus.
Prudential
BSN Takaful dengan simpanan bermula dari minimum RM 3.33 sen sehari... pastinya memenuhi segala keperluan anda
pada masa hadapan... meskipun anda tidak perlukan rawatan dalam hidup anda,
anda masih boleh menikmati simpanan anda di hari tua...
Hubungi
saya (atau layarilah mini website saya ini seterusnya), saya akan tunjukkan
bagaimana pelan ini dapat membantu anda... malah anda tidak perlu
mengeluarkanwang simpanan untuk
membayar nilai bil-bil rawatan perubatan anda yang besar... dan sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang dianggap kritikal oleh doktor, pelan
ini akan memastikan akaun simpanan anda masih ada "wang masuk" sebagaimana yang anda simpan semasa sihat dahulusehingga umur anda tua!!! ...ini bermakna simpanan anda tidak akan
terjejas walaupun anda sudah tidak boleh bekerja lagi... jika suami/isteri atau anak-anak anda yang mempunyai pelan
berasingan di bawah anda, anda juga tidak perlu lagi membuat
simpanan untuk mereka malah simpanan mereka akan diteruskan!!!
Realitinya wang
simpanan anda tidak akan terusik atau terganggu apabila anda terpaksa dimasukkan ke hospital.
Sekiranya anda simpan wang anda di bank atau ASB, anda tidak akan mendapat
kemudahan seperti ini. Saya pasti pelan yang terbaik untuk anda adalah
dari Prudential!
“Saya yakin ANDA
dan AHLI KELUARGA ANDA memerlukan pakej yang LENGKAP dan SETELUS ini… rancanglah
untuk masa depan yang lebih terjamin… pelan dengan pakej yang terbaik dari PRUDENTIAL ini pasti
mampu memenuhi keperluan hidup anda sepenuhnya”
Saya hanya ingin membantu anda...
Pilihlah yang terbaik untuk
kehidupan anda...
Kepada Yang
Berminat Untuk Mengetahui Lebih Lanjut...Boleh menghubungi Saya,Azwira di
013-3989877 atau YM di wirahidupsihat Untuk Mengatur Temujanji... :)
www.azwira.com
Jika Ingin Mendapatkan Keterangan Terperinci
Mengenai Produk Insuran Yang Di minati…Sila hubungi Azwira di talian
0133989877 dan boleh juga melalui Emel/YM di wirahidupsihat
Risalah ini adalah
sebagai penjelasan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat,
sila rujuk
dokumen polisi.
|